sukan

Sungguh tidak masuk akal – Thomas Muller

Thomas Muller menyifatkan kekalahan mengejut Jerman kepada Jepun di Piala Dunia Qatar sebagai ‘tidak masuk akal’, tetapi mengakui barisan pertahanan Die Mannschaft mempamerkan persembahan mengecewakan dan tidak layak untuk menang.

Jerman kelihatan bersedia untuk memulakan kempen Kumpulan E yang positif apabila Ilkay Gundogan meletakkan mereka di hadapan semalam, tetapi kebangkitan luar biasa Jepun mengejutkan pemenang empat kali itu.

Gandingan bintang Bundesliga, Ritsu Doan dan Takuma Asano muncul daripada bangku simpanan untuk menjaringkan gol dalam kemenangan terkenal untuk Blue Samurai, meletakkan Jerman berada dalam tekanan besar menjelang pertemuan dengan Sepanyol Ahad ini.

Setelah kalah dalam perlawanan pembukaan mereka hanya sekali dalam 18 penyertaan Piala Dunia pertama mereka (W13 D4), Jerman kini telah bermula dengan kekalahan berturut-turut dalam kejohanan tersebut.

Bercakap kepada ARD, Muller berkata, “Daripada segi perasaan, kami sebenarnya bermain dengan baik dalam tempoh yang panjang.
“Sudah tentu, permainan yang bagus dalam bola sepak perlu disudahkan dengan jaringan.

“Sungguh tidak masuk akal bahawa kami menamatkan perlawanan ini dengan kekalahan.

“Bagaimanapun, apabila anda melihat apa yang kami pamerkan dan bagaimana kami melepaskan gol, sukar untuk menerima keputusan ini namun mengakui Jepun telah beraksi dengan baik untuk menang.”

Kekalahan Jerman adalah yang pertama mereka selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan Piala Dunia sejak kekalahan mengejut suku akhir kepada Bulgaria pada kejohanan 1994, menamatkan rentetan 25 perlawanan tanpa kalah.

sumber:-SA

Pasukan kendalian Hansi Flick perlu bangkit menentang Sepanyol dalam aksi berikutnya, kerana mereka ingin mengelak penyingkiran Piala Dunia peringkat kumpulan berturut-turut.