sukan

Cheng Heo akui kekuatan JDT

JUARA 33 kali, Selangor FC menyifatkan finalis musim lalu Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pasukan pilihan apabila kedua-dua jagoan Liga Malaysia (Liga-M) tersebut berentap pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Biarpun begitu pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe menegaskan para pemainnya teruja untuk berdepan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super tersebut bagi perebutan kejuaraan penutup tirai saingan Liga-M itu.

Jelasnya, Selangor merupakan pasukan bukan pilihan berdepan JDT di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia yang sememangnya menjadi perlawanan paling dinantikan.

Barisan s3rangan dan pertahanan JDT cukup berkualiti dan ini sebenarnya cabaran kepada para pemain Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, saya percaya dengan semangat juang tinggi ditampilkan ketika berdepan Terengganu FC sebelum ini, para pemain Selangor mampu meneruskan momentum tersebut di pentas final sekali gus melakar kejutan.

JDT tahun ini telah pun menang banyak piala, cukup konsisten dalam Liga Malaysia namun, saya percaya setiap pemain Selangor mengambil akan mengambil tanggungjawab dengan memberikan sepenuh tumpuan dan berdisiplin berdepan untuk JDT walaupun diakui lawan memiliki kekuatan terutamanya di bahagian s3rangan dan pertahanan.

Pemain seperti Bergson da Silva dan Fernando Forestieri, memang kuat dan pertahanan mereka juga memang cukup kental untuk menghalang Selangor daripada menjaringkan gol namun, apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan akhir, katanya.

Kali terakhir Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada musim 2016, namun tewas 5-6 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Kedah selepas terikat 1-1 di Stadium Shah Alam.

Edisi 2015 merupakan kali terakhir Selangor menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Untuk rekod musim lalu, Kuala Lumpur City (KL City) FC muncul juara Piala Malaysia selepas mengejutkan juara bertahan, JDT 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 November tahun lalu.

sumber:- HM

Kemenangan skuad kendalian Bojan Hodak itu mengakhiri kemarau 32 kejuaraan tersebut sejak kali terakhir The City Boys memenangi piala berkenaan pada 1989.