Penantian tujuh tahun tanpa sebarang trofi sememangnya cukup menyeksakan buat Selangor FC, sekali gus aksi final Piala Malaysia men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok, menjadi medan terbaik menamatkan kemarau itu.
Bek tengah Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar mengakui peluang beraksi di pentas final harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan pasukannya boleh menjulang trofi Piala Malaysia.
Selangor sudah lama tidak menjuarai piala, jadi saya rasa inilah masa terbaik untuk pemain menunjukkan bakat bagi memenangi Piala Malaysia pada tahun ini.
“Saya harap rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik pada aksi malam esok. Kalau diberi rezeki, insya-Allah, kami boleh memenangi Piala Malaysia,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Selain itu, pertahanan berusia 23 tahun itu mengakui gugup memandangkan ini adalah pentas final sulungnya bersama skuad utama Selangor.
Namun, dia dan rakan sepasukan perlu lebih bersedia apatah lagi berdepan skuad Harimau Selatan yang jelas memiliki kualiti lebih baik.
Piala Malaysia adalah piala terbesar di Malaysia dan untuk final buat kali pertama ini, semestinya saya gugup dan begitu juga untuk rakan sepasukan lain.
Kami tahu kualiti pemain JDT yang bagus dan kebanyakannya pemain kebangsaan. Tetapi kami perlu bermain seperti biasa.
sumber:- HM
“Pada masa sama, kami perlu segera menyesuaikan diri dengan perlawanan dan fokus pada setiap gerakan diatur pemain JDT,” katanya.