Walaupun berdepan pasukan paling lemah dalam Kumpulan B, Wales tewas 0-2 kepada Iran semalam dan kekalahan pertama mereka di Piala Dunia 2022.
Bekas penyerang Real Madrid, Gareth Bale gagal menyerlah seperti diharapkan. Dia kurang memberikan impak dan seperti tidak kelihatan sepanjang 90 minit.
Pretasinya sangat buruk apabila hanya membuat 21 sentuhan dalam 73 minit pertama dan mempunyai satu percubaan tepat sahaja.
Penyokong yang berang dengan penyerang itu melabelkan dia sebagai ‘hantu’ di atas padang walaupun sebelum ini menjaringkan penalti ketika seri dengan Amerika Syarikat pada aksi pembukaan.
Selepas tewas kepada Iran, Wales perlu menewaskan pasukan lebih kuat England dalam aksi terakhir peringkat kumpulan tetapi ia mungkin tidak mencukupi kerana hanya mengutip satu mata.
sumber:-HM
England mempunyai tiga mata dan akan berdepan Amerika Syarikat yang mendapat satu mata ketika seri 1-1 dengan Wales awal minggu ini.