sukan

‘Kehilangan’ Safawi di Final jadi tanda tanya

Adakah tonggak Johor Darul Ta’zim(JDT) sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan sehingga tidak disenaraikan dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan pada final Piala Malaysia malam ini?.

Persoalan terbabit bermain di kalangan peminat sukan tanah air apabila senarai barisan pemain yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mendapat pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu tiada langsung tertera sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa Safawi sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan.

Perlawanan final Piala Malaysia menentang Selangor FC cukup penting buat JDT dalam usaha mencipta sejarah merangkul empat kejuaraan selepas menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan juara Liga Super pada musim ini.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan JDT akan menurunkan Farizal Marlias, Matthew Davies, Afiq Fazail, Leandro Velazquez, Feroz Baharudin, Corbin Ong, Natxo Insa, Shahrul Saad, Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri dan Bergson da Silva.

Manakala, barisan pemain simpanan adalah Shio Hong Wan, Aidil Zafuan Abd Razak, Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz Mansor, Haziq Nadzli, Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari.

Sebelum itu, terdapat desas-desus majlis pernikahan Safawi dan pempengaruh Syifa Melvin dikhabarkan sudah semakin hampir.

Berita gembira itu juga dikatakan sudah mula dihidu penyokong JDT apabila pemain berusia 25 tahun itu dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, kelmarin.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.

Pada video berdurasi 20 saat yang dikongsikan, Safawi dilihat mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema dengan lagu nyanyian asal penyanyi Wann itu.

sumber:- HM

Namun, sehingga kini tidak pasti sama ada namanya ‘hilang’ disebabkan sibuk dengan persiapan hari bahagia atau pun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan kedua separuh akhir piala Malaysia bertemu Sabah baru-baru ini.