Sekalipun Brazil bermula garang pada Piala Dunia Qatar 2022, ia bukannya malam sempurna buat Neymar apabila dia terpaksa dikeluarkan susulan kec3deraan pergelangan kaki.
Peny3rang itu kini dijangka terlepas aksi berikutnya menentang Switzerland serta kemungkinan perlawanan ketiga kumpulan bertemu Cameroon, namun boleh diturunkan semula bagi aksi peringkat kalah mati jika Brazil mengesahkan kemaraan mereka.
Selepas pernah mengalami kec3deraan serius pada Piala Dunia sebelum ini, tidak hairan ada kebimbangan terhadap status Neymar namun pemain itu sendiri berjanji dia akan kembali.
Pemain itu menyiarkan satu kenyataan di laman media sosial semalam, berkongsi perkembangan dengan 185 juta pengikutnya di laman Instagram selain penyokongnya.
“Rasa bangga dan kecintaan yang saya pendam untuk menyarung jersi ini terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” katanya memulakan kenyataan itu.
“Jika Tuhan memberi saya peluang untuk memilih negara mana untuk dilahirkan, ia tetap Brazil.
“Tiada apa yang mudah dalam kehidupan saya. Saya sentiasa perlu mengejar impian dan matlamat saya.
“Hari ini adalah salah satu detik paling sukar dalam karier saya… dan sekali lagi ia berlaku pada Piala Dunia.
“Saya mengalami kec3deraan, ya. Ia menyakitkan, tetapi saya yakin mampu kembali kerana saya akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu negara saya, rakan sepasukan dan diri saya sendiri.
“Ia masa yang lama untuk menunggu, dan untuk lawan memusnahkan saya sebegini? Tidak sama sekali!
“Kepercayaan saya tiada penghujungnya.”
Bintang Paris Saint-Germain itu berkongsi dengan peminat mengenai kemenangan 2-0 ke atas Serbia menerusi dua gol Richarlison, yang mana dia menggambarkan betapa sukarnya bermain dan berjuang di tengah padang.
“Ia satu perlawanan yang amat sukar, tapi adalah penting untuk menang,” katanya.
“Syabas kepada pasukan, ia langkah pertama dan kini kami memerlukan enam mata lagi.”
sumber:-BH
Neymar terpaksa menonton dari bangku pemain simpanan ketika rakan sepasukannya berusaha untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir, yang mana selepas itu dia berharap untuk kembali dan membantu Selecao memburu kejuaraan Piala Dunia pertama mereka sejak 2002.