sukan

Cheng Hoe beri bayangan nasib Caion musim depan

Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe memberi bayangan bakal melakukan perubahan di bahagian s3rangan skuad Gergasi Merah bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau akan melihat secara terperinci sama ada perlu menukar peny3rang import, Herlison Caion dengan pemain lain atau sebaliknya.

Beliau berkata, tiada rombakan besar akan dilakukan dalam pasukan Selangor untuk musim depan dengan barisan pemain terutama bintang muda berjaya mempamerkan aksi yang baik sepanjang musim ini.

“Dalam bola sepak kalau kita tak menjaringkan gol, kita tak boleh menang. Itulah mungkin salah satu bahagian kita kena tingkatkan dan kita akan lihat sama ada perlu tukar Caion atau sebaliknya.

“Sepanjang dua bulan bersama Caion, dia cukup komited dengan memberikan kerjasama bersama pasukan dan untuk Piala Malaysia juga dia salah seorang penjaring terbanyak dalam pasukan,” katanya.

Cheng Hoe berkata demikian pada sidang media selepas aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyaksikan pasukannya terpaksa akur tewas 1-2 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun tewas, namun Selangor dilihat berjaya menyaingi permainan barisan pemain bintang JDT dan mendahului menerusi jaringan penalti Caion pada minit ke-45.

Namun, jaringan daripada Bergson Da Silva pada masa kec3deraan babak pertama dan gol Fernando Forestieri minit ke-59 membolehkan JDT menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.

Mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan, Cheng Hoe bagaimanapun tetap berpuas hati terhadap persembahan yang dipamerkan barisan pemainnya terutama di babak pertama.

“Secara keseluruhan saya gembira dengan persembahan pemain, cuma keputusan menjejaskan keyakinan kita. Kita sudah tahu corak permainan pemain seperti Arif Aiman dan kita mampu sekat dia dari menjaringkan gol atau melakukan hantaran.

sumber : BH

“Itu secara keseluruhan bagaimana pertahanan berjaya mengawal bukan sahaja Arif Aiman, tetapi juga Bergson dan Forestieri,” katanya.