sukan

Juara bertahan Piala Dunia muncul pasukan pertama layak

Striker s3nsasi, Kylian Mbappe mel3dak dua gol bagi membantu Perancis menjadi pasukan pertama layak ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila menewaskan Denmark 2-1 di Stadium 974, sebentar tadi.

Juara bertahan itu muncul pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati dan Mbappe sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan ketika berbaki empat minit sebelum tamat permainan.

Mbappe turut meledak satu gol ketika Perancis menundukkan Australia 4-1 dalam aksi pembukaan.

Terdahulu, penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu meletakkan skuad Les Bleus di depan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-61.

Bagaimanapun, Denmark bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Andreas Christensen tujuh minit kemudian, sebelum Mbappe memastikan tiga mata untuk Perancis menerusi gol pada minit ke-86.

Keputusan itu membolehkan Perancis menghuni tangga teratas Kumpulan D dengan mengutip enam mata selepas dua perlawanan sekali gus memastikan dua kedudukan teratas menjadi milik mereka berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

sumber:- BH

Perancis dijadual men3ntang Tunisia untuk aksi terakhir peringkat kumpulan, Rabu ini. – Agensi