sukan

Komen Arif Aiman tarik perhatian

“Tahun ini amat bermakna buat saya dan saya akan ingat dalam karier bola sepak saya sebab di usia muda seperti saya jarang pemain dapat peluang macam”.

Demikian perkongsian rasa gembira bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi selepas membantu kelabnya menjulang trofi keempat musim ini.

JDT yang melangkah ke pentas final Piala Malaysia nyata berada pada kelas tersendiri apabila menepati ramalan menjuarai trofi tertua itu apabila berjaya menundukkan Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Begitupun, Arif mengakui masih tidak berpuas hati dengan prestasinya terutama apabila dirantai cukup rapi pertahanan Red Giants hingga membataskan pergerakannya sepanjang 90 minit permainan.

Katanya, dia akan menggunakan tempoh rehat ini untuk memperbaiki permainannya agar tampil lebih padu musim depan.

“Saya tak puas hati lagi dengan persembahan saya. Lepas ini ketika waktu cuti saya akan ambil masa untuk perbaiki kelemahan saya untuk bermain dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Apapun syukur Alhamdulillah kita menang pada malam ini kerana penting dan macam mana sekali pun kami mahu menang.

“Jadi saya akan guna peluang ini untuk lebih maju pada masa akan datang,” katanya yang baharu berusia 20 tahun namun sudah menghimpun pelbagai koleksi kejuaraan termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

sumber:-HM

Bukan itu saja, dia juga cemerlang meraih banyak anugerah secara individu dan sudah tentu pencapaian paling terbesar adalah kejayaan dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu.