sukan

Bekas pemain PJ City jadi rebutan

Bekas pemain PJ City, A Shivan Pillay antara pemain ‘laku keras’ ketika ini apabila mendapat tawaran daripada tiga atau empat pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

Bagaimanapun, pemain muda berusia 21 tahun itu menegaskan akan memilih pasukan yang boleh memberikan minit permainan yang banyak demi perkembangan kerjayanya.

Ketika ini, terdapat beberapa pasukan dikaitkan dengan Shivan termasuk Perak dan Negeri Sembilan bagi saingan musim depan selepas PJ City menarik diri.

Saya fokus nak pergi ke pasukan yang saya boleh dapat banyak minit permainan. Seperti PJ City, ia satu platformn yang bagus untuk pemain tempatan dan saya bermain banyak perlawanan tahun ini.

Tahun ini saya bermain hampir 17 atau 18 perlawanan, jadi sasaran saya pada usia 22 tahun (musim depan) saya nak main lebih banyak perlawanan.

“Saya dapat tawaran daripada beberapa pasukan, saya akan pilih pasukan yang boleh bagi minit permainan yang banyak dan jurulatih bagus untuk perkembangan kerjaya saya,” katanya.

Selain itu, Shivan mengakui mempunyai sasaran besar untuk menyarung jersi skuad senior Harimau Malaya pada masa akan datang.

Justeru, dia berharap dapat mempamerkan aksi lebih baik dalam liga bermula musim depan untuk mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan.

Sasaran saya tahun depan dan tahun akan datang, saya nak bermain untuk pasukan kebangsaan.

Kim Pan-gon (jurulatih skuad kebangsaan) suka pemain yang ada tenaga yang bagus, sentiasa boleh berlari dan menekan lawan.

sumber:- HM

“Saya yakin ada kualiti itu, jadi saya akan buat yang terbaik dalam liga dan berharap dapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan,” katanya.