sukan

England sah layak ke pusingan 16 terbaik setelah belasah Wales

Dua jaringan Marcus Rashford pada babak kedua memberikan England kemenangan 3-0 ke atas jiran tetangga Wales, sekali gus melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia.

Tiga mata yang diraih membolehkan skuad Three Lions muncul selaku juara Kumpulan B dan ia juga menamatkan impian Wales untuk mara ke pusingan kalah mat!.

Dalam perlawanan itu, Rashford menjaringkan gol pada minit ke-50 sebelum Phil Foden menggandakan pendahuluan England selang seminit kemudian.

Rashford nyata menjadi wira buat England apabila berjaya menewaskan penjaga gol, Danny Ward pada minit ke-68 untuk menjamin kemenangan 3-0.

Kemenangan itu meletakkan England berada di puncak carta kumpulan dengan tujuh mata dan bakal bertemu Senegal pada pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, Wales menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan dengan satu mata pertama buat mereka di Piala Dunia selepas tempoh 64 tahun penantian.

sumber:- BH

Begitupun, penampilan mereka selepas 1958 berakhir tanpa satu pun kemenangan dan hanya meraih satu gol dalam tiga perlawanan. – Reuters