sukan

Gandingan terbaru Bergson bakal tiba dari Brazil

Jentera penggempur Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka lebih bahaya pada musim depan selepas kelab itu mengesahkan bakal membawa masuk seorang lagi peny3rang dari Brazil.

Ia disahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui ayam tambatan baharu itu akan bergandingan dengan penjaring terbanyak Liga Malaysia musim ini, Bergson da Silva.

Tunku Ismail berkata, perbincangan kini sudah hampir 80 peratus dan pihaknya akan membuat pengumuman mengenai pemain itu selepas mencapai persetujuan 100 peratus.

Ujarnya, kehadiran peny3rang itu cukup penting bagi memastikan kualiti dan rentak permainan JDT tidak terganggu apabila jurulatih mahu merehatkan tonggak lain yang mungkin kepenatan atau c3dera.

“Macam saya katakan tadi, kita akan ada peny3rang Brazil untuk membantu jurulatih membuat perubahan formasi.

“Jadi ia supaya kami ada pemain yang hebat, jika kami perlu memberi rehat kepada Fernando Forestieri atau Bergson.

“Jadi pada masa sama, kita boleh buat penggiliran dengan pemain berkualiti,” katanya di laman sosial Johor Southern Tigers (JST).

Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu turut mengesahkan akan ada seorang pemain tengah meny3rang dari Sepanyol yang dibawa bersama-sama pemain pertahanan kiri kelahiran Sepanyol.

sumber : HM

Namun begitu, pertahanan yang mampu beraksi di pelbagai posisi ini bakal mengisi kuota pemain Asia selepas memiliki dokumen selaku warga Asia.