sukan

Juara Dunia tumbang mengejut

Pemain kelahiran Perancis, Wahbi Khazri menjaringkan gol tunggal permainan ketika Tunisia mengejutkan juara bertahan Piala Dunia, Perancis 1-0 di Stadium Education City.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mencukupi buat Tunisia untuk menyertai Perancis ke pusingan 16 terakhir apabila Australia menewaskan Denmark 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Khazri menjaringkan gol pada minit ke-58 untuk kemenangan ketiga Tunisia dalam enam penampilan di Piala Dunia.

Perancis, yang melakukan sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Denmark, sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mat! sebagai juara kumpulan berdasarkan perbezaan gol dengan Australia.

Pada aksi terakhir kumpulan itu, Perancis hampir menyamakan kedudukan di saat akhir apabila Antoine Griezmann menjaringkan gol, namun dibatalkan pengadil kerana pemain itu terlebih dulu berada di kedudukan ofsaid.

sumber:- BH

Perancis akan bertemu naib juara Kumpulan C, yang akan ditentukan pada perlawanan selepas ini. – REUTERS