sukan

Komen padu TMJ isu pemain tolak panggilan Kebangsaan

Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.”

Itu reaksi balas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember ini.

Jelas Tunku Ismail, pemain bola sepak bukanlah ‘mesin’ yang mampu bermain sepanjang tahun tanpa cuti.

“Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.

“Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih, main semenjak bulan Januari.

“Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu,” katanya di laman sosial miliknya.

Ujarnya, tempoh latihan pusat skuad negara adalah paling lama berbanding negara lain yang hanya mengadakannya selama seminggu saja.

“Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan.