Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique menyalahkan lima minit “hilang sepenuhnya kawalan” yang menyebabkan kekalahan mengejut 2-1 pasukannya di tangan Jepun awal pagi tadi yang menyaksikan mereka layak dari tempat terakhir ke kelompok 16 daripada Kumpulan E.
La Roja, antara pasukan pilihan untuk menang kejohanan pada kali ini, boleh tersingkir jika Costa Rica menewaskan Jerman walaupun Los Ticos akhirnya tewas 4-2.
“(Ia) lima minit kita hilang terus kawalan, panik,” kata Luis Enrique.
“Mereka mel3dak dua gol berdepan kami, dan jika mereka perlu menjaringkan dua lagi gol, mereka juga boleh melakukannya, saya yakin.
“Ini ialah Piala Dunia dan apabila pasukan seperti Jepun tiada apa yang perlu dipertahankan, mereka mengambil keputusan untuk mengambil sepenuhnya risiko dan melepasi kami seperti mereka adalah kapal terbang.
“Situasi terkawal selepas Jepun mahu memulihkan posisi mereka sebelum ini di padang dan mula bertahan.”
Sepanyol akan berdepan Maghribi dalam kelompok 16 terakhir selepas kekalahan berkenaan dan Luis Enrique percaya pasukannya tidak berhak menamatkan aksi sebagai pendahulu kumpulan.
“Jepun layak di tempat pertama dan mereka berhak kerana menewaskan Jerman dan Sepanyol,” kata jurulatih itu.
“Kekesalan dan kesakitan, kami akan melauinya malam ini, tiada apa yang peru diraikan.
sumber:- BH
“Kami mara di tangga kedua, benar, tapi ini adalah sebagai amaran yang kami perlu sedari bahawa ia boleh berlaku.” – AFP