sukan

Brazil rebah di tangan Cameroon

Cameroon menewaskan barisan kedua Brazil 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan F Piala Dunia sebentar tadi, namun keputusan itu tidak cukup untuk menyelamatkan wakil Afrika itu daripada tersingkir.

Cameroon menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata, dua mata di belakang Switzerland yang berjaya menewaskan Serbia 3-2 namun Brazil muncul juara kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan dan akan bertemu Korea Selatan pada aksi 16 terbaik.

Fred, Antony dan Bruno Guimaraes berpeluang membuka jaringan dengan Gabriel Martinelli muncul pemain paling menyerlah buat juara dunia lima kali itu.

Namun, Cameroon akhirnya memecah kebuntuan pada minit ketiga masa tambahan menerusi tandukan Vincent Aboubakar yang turut dilayangkan kad kuning kedua kerana membuka jersi bagi meraikan gol kemenangan itu.

Pada aksi itu juga, Dani Alves menjadi pemain tertua pernah mewakili Brazil di Piala Dunia lelaki pada usia 39 tahun sekali gus memecahkan rekod rakan sepasukan, Thiago Silva yang turut beraksi pada edisi kali ini.

Namun, rekod itu masih dipegang Formiga yang beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 pada usia 41 tahun.

sumber : BH

Alves juga beberapa bulan lebih muda berbanding pemain Kanada, Atiba Hutchinson dan pertahanan Portugal, Pepe – kedua duanya berusia 39 tahun dan tampil di Piala Dunia kali ini. -REUTERS