sukan

Pengorbanan besar David Rowley

“Secara jujur, saya bersama keluarga isteri saya di Jerman ketika mendapat panggilan (untuk sertai kem latihan Harimau Malaya) dan saya memberitahu mereka saya perlu terbang pulang dengan segera ke tanah air.”

Itu pengorbanan besar yang dilakukan tonggak kacukan, David Rowley yang sanggup meninggalkan keluarganya untuk bercuti di Jerman.

Katanya, panggilan skuad negara kendalian Kim Pan-gon tidak boleh diketepikan kerana baginya ia suatu penghormatan apabila dapat beraksi buat negara tercinta.

“Saya rasa sangat berbangga kerana diberi peluang untuk menyarung jersi negara saya.

“Secara jujur, saya bersama keluarga isteri saya di Jerman ketika mendapat panggilan dan saya memberitahu mereka saya perlu terbang pulang dengan segera ke tanah air.

“Ini adalah satu tanggungjawab besar dan saya tekad akan melakukan yang terbaik untuk memenangi tempat di dalam senarai akhir nanti.

“Apa yang pasti, saya optimis boleh membantu skuad kebangsaan, terutamanya menerusi kelebihan di udara selepas banyak menjaringkan gol bersama Pahang tahun ini,” katanya.

sumber:-HM

Skuad Harimau Malaya akan beraksi di Piala AFF hujung bulan ini bagi memburu kejuaraan kedua selepas kali pertama memenangi trofi itu pada 2010 lalu.