sukan

Zii Jia terima tawaran daripada BAM

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang 2022 meskipun menamatkan cabaran musim ini selaku pemain nombor dua dunia.

Justeru pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu perlu terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasi sekali gus menyerlahkan kemampuan sebenar dirinya.

Saya sudah memulakan persiapan bagi mengharungi saingan musim depan, termasuk menerima tawaran daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk pemain profesional berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Suasana latihan serta kualiti di ABM adalah yang terbaik di negara ini dan peluang seperti ini sudah tentu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya bagi menghadapi kejohanan berpasukan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di media sosial pada Ahad.

Pemain berusia 24 tahun itu akan menjalani kem latihan di Taiwan bersama penaja utamanya, Victor dan pemain tempatan di sana bermula dari 19 hingga 25 Disember ini sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari depan.

Saya dapat memantapkan lagi disiplin, kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi saingan musim 2023.

“Jumpa anda semua di Terbuka Malaysia 2023,” katanya.Zii Jia yang memutuskan untuk bergerak secara profesional pada Januari 2022 menutup tirai kempen musim ini dengan tiga gelaran juara iaitu Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand pada Mei dan Terbuka Denmark, Oktober lalu.

sumber:- SH

Pemain itu turut dibelenggu kecewa apabila tersingkir di pusingan ketiga kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun, Ogos lalu dan gagal menempah slot Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand yang dijadual bermula pada Selasa.