sukan

Olivier Giroud cipta rekod baru

Striker Perancis, Olivier Giroud memahat namanya dalam sejarah selepas menjaringkan gol men3ntang Poland pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar untuk muncul penjaring gol terbanyak sepanjang zaman negaranya dengan 52 gol.

Pemain berusia 36 tahun itu menyambut hantaran Kylian Mbappe di dalam kotak penalti pada minit ke-44 dan merembat leret menggunakan kaki kirinya melepasi penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny, bekas rakan sepasukannya di Arsenal, untuk meletakkan Les Bleus di depan pada pertembungan di Stadium Al Thumama, awal pagi tadi.

Striker AC Milan itu menyamai rekod 51 gol pemain legenda Perancis, Thierry Henry dengan dua gol ketika menang 4-1 ke atas Australia pada aksi pembukaan negaranya pada Piala Dunia, oleh itu dia memerlukan hanya satu gol untuk mengatasi rekod itu.

Giroud tidak mungkin beraksi dalam kesebelasan utama skuad kendalian Didier Deschamps jika tidak kerana kec3deraan menimpa Karim Benzema dan Christopher Nkunku.

Sebaliknya, Giroud dan pemain bintang, Mbappe diberikan tugas memikul bebanan serangan ketika Perancis berusaha untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia.

“Empat tahun lalu dia tidak menjaringkan gol, tetapi dia tetap seorang pemain yang penting,” kata Deschamps.

“Dia berdepan beberapa detik sukar dalam kariernya dan sering menjadi mangsa pengkritik, tetapi kini orang ramai boleh melihat kualiti dimilikinya. Dia juga kuat secara mental dan memecah rekod yang amat sukar dipegang oleh Henry.”

sumber:- BH

Perancis mudah menewaskan Poland 3-1 untuk layak ke suku akhir kejohanan dengan Mbappe menjaringkan dua gol lagi buat Les Bleus untuk mengumpul 33 gol antarabangsa pada usia hanya 23 tahun.