sukan

Perebutan Kasut Emas kini semakin rancak

Saingan Piala Dunia Qatar 2022 sudah memasuki pusingan kalah mati dan pemburuan anugerah Kasut Emas kini semakin rancak diperkatakan.

Brazil, Perancis, Argentina, Sepanyol dan England dan beberapa lagi pasukan yang bertanding kini dalam persaingan untuk memenangi anugerah itu dengan Kylian Mbappe pada ketika ini mendahului carta penjaring terbanyak dengan lima gol.

Sebelum ini, pemain Brazil, Ronaldo dan beberapa nama lain seperti Gary Lineker (England), Gerd Muller (Jerman) dan Eusebio (Portugal) pernah meraih anugerah berkenaan, manakala Harry Kane (England) memenanginya pada 2018.

Pemain Perancis, Karim Benzema yang memenangi Ballon d’Or awal tahun ini, tidak akan berada dalam pemburuan itu selepas diketepikan kerana masalah kecederaan.

Namun, bintang Brazil, Neymar dan Vinicius Jr pastinya mengimpikan anugerah berkenaan seterusnya membawa kembali kejayaan itu ke negara Amerika Selatan.

Pada 2006 dan 2010, bintang Jerman, Miroslav Klose dan Thomas Muller meraih anugerah Kasut Emas, manakala pemain Colombia, James Rodriguez memenanginya pada 2014.

sumber:-HM

Berikut adalah senarai penjaring terbanyak setakat ini.

1. Kylian Mbappe (Perancis) 5 gol

2. Alvaro Morata (Sepanyol) 3 gol

3. Lionel Messi (Argentina) 3 gol

4. Marcus Rashford (England) 3 gol

5. Bukayo Saka (England) 3 gol

6. Cody Gakpo (Belanda) 3 gol

7. Olivier Giroud (Perancis) 3 gol

8. Bruno Fernandes (Portugal) 2 gol

9. Cho Gue-sung (Korea Selatan) 2 gol

10. Andrej Kramaric (Croatia) 2 gol

11. Ferran Torres (Sepanyol) 2 gol

12. Breel Embolo (Switzerland) 2 gol

13. Julian Alvarez (Argentina) 2 gol

14. Richarlison (Brazil) 2 gol