sukan

Perlawanan penting untuk Malaysia

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada 9 dan 14 Disember ini perlu diambil serius oleh barisan pemain skuad Harimau Malaya dalam memastikan segala kelemahan dapat di atasi sebelum melangkah ke saingan Piala AFF hujung bulan ini.

Perkara itu dinyatakan striker negara, Darren Lok yang melihat aksi persahabatan berdepan Kemboja dan Maldives bukan hanya untuk meraih keputusan positif, malah lebih daripada itu.

Katanya, corak permainan agresif dan berintensiti tinggi yang diterapkan oleh pengendali, Kim Pan-gon perlu diterjemahkan dalam aksi pemanas badan itu.

Ia perlawanan penting, di mana dalam latihan pelbagai perkara baharu diterapkan dan menerusi dua perlawanan persahabatan sebelum kejohanan ini bermula, pasti akan beri manfaat.

Malah, kepada pemain lain dan begitu juga saya bersama PJ City (Petaling Jaya City) yang menghabiskan aksi liga lebih awal, sudah tentu aksi persahabatan itu penting bagi mendapatkan minit permainan.

“Sudah tentu keputusan juga penting dalam perlawanan persahabatan, tetapi yang utama adalah bagaimanapun kami menterjemahkan apa yang dirancang jurulatih,” katanya.

Di Piala AFF, Malaysia di letakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura, di mana aksi pertama adalah bertandang ke Yangon untuk berdepan Myanmar pada 21 Disember ini.

sumber:- HM

Ia kemudian disusuli aksi men3ntang Laos (24 Disember) di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ke Hanoi bertemu Vietnam (27 Disember) dan sekali lagi beraksi di depan penyokong sendiri (3 Januari) menentang Singapura.