sukan

Pilihan Safawi Rasid dapat sokongan

Penghijrahan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC adalah satu keputusan yang wajar bagi ‘menghidupkan’ semula kariernya yang agak tenggelam musim ini.

Situasi itu diakui pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang melihat pemain kebangsaan itu memerlukan angin baharu dan mengharungi cabaran berbeza bagi mengembalikan semula prestasinya seperti sebelum ini.

Begitupun, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menegaskan perubahan semata-mata tidak bemakna prestasinya akan kembali kerana cabaran besar menantinya adalah bagi mendapatkan minit permainan secara konsisten.

Langkah yang tepat selepas melihat prestasinya yang kurang memberangsangkan. Mungkin ini caranya untuk dia mendapatkan kembali prestasi terbaik kerana kita tahu standard Liga Thailand memang lebih berkualiti berbanding kita.

Tetapi dengan syarat dia ke sana (Thailand) dan dapat menjadi pemain utama. Apa yang kita bimbangkan adalah kalau di ke sana dengan niat untuk mendapat pendedahan baharu tetapi tidak mendapat minit permainan.

Ini akan menyebabkan prestasinya terus statik. Jadi semuanya bergantung kepada mentaliti Safawi untuk terus cuba merebut tempat. Kalau sekadar ke sana untuk mendapat gaji semata- mata, itu tidak akan dapat meningkatkan prestasinya, katanya.

Dalam masa sama, Zulakbal percaya pemain sayap itu tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri di Thailand apatah lagi kini berbekalkan pengalaman berkelana di Eropah selama beberapa bulan.

“Saya lihat tiada masalah kerana tidak banyak beza antara Malaysia dengan Thailand tidak seperti kalau kita berkelana ke Eropah. Dengan pengalaman walaupun singkat di Eropah sebelum ini, saya rasa Safawi sudah matang untuk mengendalikan perkara seperti ini,” katanya.

Semalam Pengarah Teknikal skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu akan dipinjamkan kepada Ratchaburi selepas saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

sumber:- BH

Safawi bagaimanapun tidak keseorangan kerana seorang lagi pemain JDT iaitu Moussa Sidibe turut dipinjamkan ke pasukan itu.