sukan

Tolak tawaran ‘mega’, tetap pilih TFC

Pemain kelahiran Bahrain, Habib Haroon menjadi pemain import kedua ‘dirantai’ Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebelum ini Gergasi Pantai Timur itu menyambar bekas pemain kebangsaan Haiti, Sony Norde walaupun pemain berusia 33 tahun itu mendapat tujuh tawaran daripada kelab lain musim depan.

Menerusi kenyataan media rasmi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd hari ini, kontrak Habib dilanjutkan setahun lagi sehinggalah November 2023 selepas dia membuat pusingan ‘U’ untuk kekal setia bersama skuad Penyu itu.

“Habib memutuskan untuk terus kekal setia bersama TFC bagi mengharungi kancah Liga M musim 2023, dia diikat selama setahun sehingga penghujung November 2023.

“Keputusan pemain itu menolak beberapa tawaran ‘mega’ daripada kelab lain dalam saingan Liga Super memperlihatkan dia seorang pemain yang setia bersama skuad TFC.

“Kita yakin dan percaya pemain berusia 22 tahun itu mampu memberikan impak yang positif buat pasukan sebagaimana musim ini lebih-lebih lagi TFC bakal beraksi dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim depan,” demikian menurut kenyataan media rasmi kelab berkenaan hari ini.

Sementara itu Habib berkata, keputusannya untuk terus kekal bersama TFC bagi membalas kepercayaan kelab berkenaan yang memberikannya peluang beraksi dengan pasukan itu sebelum ini walaupun mendapat tawaran lumayan daripada kelab lain.

“Selain itu, saya juga mahu membalas kepercayaan peminat sespo-ohastia TFC yang sentiasa memberikan sokongan padu bermula awal musim lagi sehinggalah kami berjaya melangkah ke pentas final Piala FA, layak ke Piala AFC dan menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

sumber:-HM

“Saya juga selesa berada di bumi Terengganu dengan suasananya selain tidak berdepan masalah biarpun bakal dibimbing jurulatih baharu kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner,” kata Habib yang mengisi kuota pemain import Asia.