sukan

Tze Yong sah muncul Juara

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya merangkul gelaran pertama bagi tahun 2022 selepas mengungguli Cabaran Antarabangsa Bahrain yang berlangsung semalam.

Namun, perjalanannya untuk memenangi gelaran sulung pada tahun ini tidak mudah selepas terpaksa berhempas pulas selama 80 minit untuk menewaskan pemain dari Taiwan yang juga penyandang juara remaja dunia, Kuo Kuan Lin.

Pemain di ranking ke-27 dunia itu meraih kemenangan ke atas Kuan Lin dengan keputusan 21-15, 20-22, 21-12 di BKS Club dekat Manama.

Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong membawa pulang RM5,200 selain meraih 4,000 mata ranking dunia.Bagi Tze Yong, kemenangan itu akan terus membakar semangatnya untuk meraih lebih banyak pencapaian bagi kempen tahun depan khususnya dalam saingan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 10 hingga 15 Januari.

“Saya berharap dapat teruskan momentum ini pada tahun depan, selain tidak sabar untuk beraksi kejohanan Super 1000 di Terbuka Malaysia di depan penyokong sendiri,” katanya.

Sebagai rekod, Tze Yong memperagakan peningkatan prestasi pada tahun ini apabila berjaya meraih pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham, Ogos lalu.

sumber:- BH

Selain itu, dia juga berjaya mengesahkan kemaraan sehingga ke separuh akhirr Terbuka Australia sebelum tewas di tangan pemain China, Lu Guang Zu, bulan lalu.