sukan

Aksi cemerlang Brazil mudah layak ke separuh akhir

Brazil mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 sebentar tadi selepas mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama untuk menewaskan Korea Selatan 4-1 dan menempah pertembungan di peringkat lapan terakhir itu bertemu Croatia.

Pada aksi pusingan 16 terakhir di Stadium 974, Brazil mempamerkan persembahan menghiburkan apabila mendahului Korea Selatan 4-0 pada babak pertama.

Gol awal daripada Vinicius Junior meletakkan mereka pada landasan yang diharapkan, sebelum Neymar menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13 untuk berada satu gol di belakang rekod jaringan sepanjang zaman Brazil milik Pele.

Richarlison menambah jaringan ketiga yang menarik sebelum setengah jam permainan dan Lucas Paqueta meledak satu lagi gol menerusi sepakan voli yang berpunca daripada serangan balas.

Paik Seung-Ho menyumbang gol sagu hati buat Korea Selatan pada minit ke-76, namun belum cukup untuk menghalang Brazil merebut slot ke suku akhir.

Seterusnya, di peringkat suku akhir Brazil akan men3ntang Croatia yang menyingkirkan satu lagi pasukan dari Asia, Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 sebelum itu.

sumber:- BH

Brazil di bawah bimbingan Tite sedang mengintai untuk melebarkan rekod juara dunia buat kali keenam, namun yang pertama dalam tempoh 20 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2002. – AFP