sukan

Kemenangan jadi sia-sia

Striker Ritsu Doan berkata kemenangan bersejarah Jepun di Piala Dunia ke atas Jerman dan Sepanyol dianggap sia-sia selepas Samurai Biru disingkirkan Croatia dalam aksi 16 terbaik awal pagi tadi.

Jepun terlepas peluang buat kali pertama untuk melangkah ke suku akhir selepas tewas penentuan penalti 1-3 kepada Croatia apabila kedudukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Jepun menewaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan di Qatar namun Ritsu tidak menganggapkan ia sesuatu yang menyenangkan hati hasil kejayaan pasukannya itu.

“Saya menjangkakan seseorang akan berkata jika kami kalah tapi sejujurnya ia tidak bermakna apa-apa,” katanya.

“Tidak kira bertapa hebatnya kami berjuang hari ini, kami tidak mengubah sejarah.”Daizen Maeda memberikan gol pendahuluan buat Jepun mendahului pada separuh masa pertama sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia 10 sebelum rehat.

Jepun bergelut untuk mencipta lebih banyak peluang namun perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti dan penjaga gol Croatia Dominik Livakovic berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pertama mereka.

Penalti adalah gabungan nasib dan latihan,” kata jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu selepas kegagalan pemainnya untuk menyempurnakan penalti.

“Penjaga gol mereka sangat baik tetapi pemain Jepun seharusnya lebih baik dan itu yang kami perlu usahakan pada masa depan.”

sumber:- HM

Jepun menyasarkan untuk mara ke suku akhir buat kali pertama, selepas tewas dalam pusingan 16 terakhir pada tiga Piala Dunia sebelum ini.