sukan

Sterling tidak lagi bersama England

Raheem Sterling menegaskan bahawa dia hanya akan kembali ke kempen Piala Dunia bersama England apabila keluarganya ‘selamat’

Rumah agam The Three Lions menjadi sasaran rompakan yang mencur! jam tangan dan barang kemas berjenama bernilai £300,000 (RM1.6 juta) dan dia menjadi pemain keempat Chelsea yang menjadi sasaran per0mpak kebelakangan ini.

Polis difahamkan tunangnya Paige, 27, diserang pada malam Sabtu, 24 jam sebelum pertembungan England dan Senegal.

Raheem, 27, turut menarik diri daripada skuad Gareth Southgate dan bergegas pulang untuk bersama keluarga.

Dia berharap untuk kembali ke Qatar dan beraksi di suku akhir menentang Perancis Sabtu ini tetapi hanya apabila dapat merasakan rumahnya dan keluarganya selamat.

Seorang sumber berkata: “Raheem sudah memberitahu semua orang.

“Saya tidak akan ke mana-mana melainkan saya 100 peratus yakin keluarga saya selamat.”

Dia seorang yang mementingkan keselamatan dan sebahagian besar mengapa dia berpindah ke rumah berkenaan adalah kerana ia terletak di ladang yang sangat ekslusif dan rondaan keselamatan yang lebih kerap.

“Walaupun begitu dia masih menjadi sasaran yang amat mendukacitakan Raheem dan Paige. Mereka kembali ke London dan mahu berasa selamat.”

sumber:-HM

Keluarga itu berpindah ke hartanah di Oxshott, Surrey, selepas Chelsea membayar Manchester City £47.5 juta (RM254.14 juta) untuk pemain sayap itu musim panas ini.