sukan

Syihan kini jadi rebutan

Ke mana destinasi penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan?

Bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC (NSFC) itu jelas menjadi antara prospek hangat menjelang musim baharu apabiia diintai sekurang-kurangnya tiga pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, penjaga gol berusia 26 tahun itu lebih suka untuk meletakkan fokus terhadap tugasan bersama skuad Harimau Malaya sekali gus mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ berhubung masa depannya.

(Pasukan baharu) tak boleh maklumkan cuma tunggu keputusan dikeluarkan. Jadi Syihan hanya fokus pada pasukan kebangsaan dan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

Ada dua atau tiga pasukan juga (beri tawaran) jadi untuk pilihan itu, kita kena ambil yang mana lebih baik dan boleh memberi ilmu lebih mendalam kepada kita.

“Bagi Syihan, minit permainan penting tetapi semuanya atas masing masing. Kalau kita tidak serius dalam latihan pun, kita tidak akan berjaya dalam perlawanan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang tadi.

Dalam masa sama, Syihan menegaskan dia belum selesa dengan apa yang ada pada dirinya ketika ini dan mahu terus bekerja keras pada musim depan.

sumber:- BH

“Syihan mahu jadi lebih baik daripada tahun ini dan menambahbaik apa yang kurang. Syihan akan bagi lebih lagi,” katanya.