sukan

Sah kekal bersama TFC

KHIDMAT pertahanan Terengganu FC (TFC), Arif Fadzilah Abu Bakar akan terus menjadi sandaran kelab pantai timur bagi saingan Liga-Malaysia (Liga-M) 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh ketika mengesahkan perkara itu berkata, pemain tersebut menandatangani kontrak lanjutan setahun dengan skuad Penyu untuk saingan musim hadapan.

Katanya, pemain kelahiran Terengganu berusia 26 tahun itu memilih kekal dengan TFC walaupun menerima beberapa tawaran pasukan Liga Super lain.

Arif Fadzilah adalah antara pemain pertahanan terbaik TFC dan telah bersama kami selama tiga musim. Keputusan untuk mengekalkan beliau adalah berdasarkan prestasi yang cemerlang musim ini.

“Kehadiran beliau diharap dapat memperkuat kubu pertahanan dan membantu pasukan mengharungi Liga-M dan saingan Piala AFC tahun depan dengan lebih cemerlang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Arif Fadzilah sebelum ini dikhabarkan menjadi antara buruan Perak FC dalam memperkuatkan cabaran skuad Seladang tersebut pada musim hadapan.

Sementara itu, Arif Fadzilah menegaskan memilih untuk terus kekal di bumi Darul Iman kerana sudah selesa dengan skuad Penyu tersebut.

Pada masa sama, beliau yang pernah menyarung jersi Felda United FC sebelum ini mengakui mahu menimba pengalaman baharu di bawah kendalian pengendali baharu TFC, Tomislav Steinbruckner.

Saya bertekad menyahut cabaran dan meningkatkan prestasi lebih baik pada masa akan datang.

“Persaingan daripada rakan sepasukan iaitu Alif Zakaria dan Hairiey Hakim (Hairiey Hakim Mamat) pastinya menuntut saya untuk bekerja keras.

sumber:- SH

“Tetapi dengan format baharu Liga-M musim hadapan, peluang untuk pemain beraksi adalah lebih tinggi kerana lebih banyak perlawanan bakal berlangsung termasuk Piala AFC,” kata bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tersebut.