sukan

Sekian lama ‘lemau’, tiba masa untuk ‘bangkit’

Selepas agak ‘lemau’ dalam saingan domestik sepanjang musim ini, Safawi Rasid mengharapkan pentas Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 akan menjadi medan terbaik untuk dia kembali ‘meletvp’.

Justeru, pemain sayap kebangsaan itu menegaskan kejohanan berkenaan yang dilabel sebagai ‘Piala Dunia ASEAN’ itu amat penting buat dirinya dalam usaha menghidupkan semula kariernya.

Kejohanan ini sangat penting untuk saya dapatkan balik (prestasi) sebelum ini dan saya rasa ini tempat terbaik untuk dapatkan momentum saya semula.

Ini tempat saya dan saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik seandainya diberi peluang. Walaupun kurang minit permainan, rakan sepasukan lain tetap memberi sokongan.

Saya bangga kerana pasukan kebangsaan mahu memanggil saya lagi. Jadi saya mahu buktikan sesuatu untuk kejohanan ini,” katanya.

Mengulas lanjut aksi persahabatan Tier 1 berdepan Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengharapkan skuad kebangsaan dapat terus mengutip mata ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kita mahu mendapatkan mata untuk perbaiki kedudukan kepada 125 terbaik. Bagi aksi persahabatan ini, mungkin mahu keserasian antara pemain baharu dan sedia ada.

sumber:- BH

“Tak perlu banyak untuk diperbaiki dan kita cuma ikut arahan jurulatih. Jadi benda ini akan jadi lebih baik untuk Piala AFF nanti,” katanya.