sukan

Brazil bakal terima akibat

Pegawai media Brazil mengejutkan wartawan dan tetamu lain selepas memegang kasar seekor kucing dan melemparkan haiwan itu ke lantai.

Insid3n itu berlaku ketika lelaki terbabit duduk bersebelahan Vinicius Jr dalam sidang akhbar pasukan Selecao menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia dengan Croatia semalam.

Vinicius, 22, menjawab soalan wartawan ketika kucing malang itu melompat ke meja mereka.

Bintang Brazil itu ketawa namun berbeza dengan pegawai medianya yang tampak tidak senang dan berang dengan kehadiran kucing terbabit.

Dia kemudiannya memegang haiwan itu dan melemparkannya ke lantai sekali gus mengejutkan wartawan dan Vinicius tetapi pegawai itu hanya mengangkat bahunya dan terus meminta soalan lain.

Peminat Vinicius di media sosial turut terkejut dengan tindakan pegawai media terbabit dan seorang dalam Twitter berkata: “Mengapa dia melemparkannya?”

sumber:- HM

Seorang lagi berkata: “Dia tak perlu melemparkannya seperti itu,” manakala peminat lain berpendapat: “Kenapa dia memegang kucing seperti. Saya harap Brazil tak menang Piala Dunia.”