sukan

Messi masih minat untuk kekal

Presiden Paris St Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi berkata, Lionel Messi gembira bersama juara Ligue 1 itu dan mereka akan mengadakan perbincangan berhubung lanjutan kontraknya selepas Piala Dunia.

Messi, yang mel3dak 12 gol dan 14 bantuan jaringan untuk PSG dalam semua pertandingan musim ini, berhijrah ke PSG dari Barcelona pada 2021 dengan kontrak dua tahun, yang akan tamat pada musim panas.

Ketika ditanya sama ada pemain berusia 35 tahun itu berminat untuk melanjutkan kontraknya di PSG, Al-Khelaifi memberitahu Sky Sports: “sudah tentu.”

“Dia beraksi hebat musim ini untuk kami, dia menjaringkan banyak gol dan bantuan gol untuk pasukan kebangsaan dan untuk kelab.

“Kedua-dua pihak iaitu kelab dan dia sangat gembira dengan kerjasama ini dan akan mengadakan perbincangan selepas Piala Dunia,” katanya.

Seorang lagi pemain yang tamat kontrak musim panas ini ialah pemain Manchester United, Marcus Rashford, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke PSG.

Al-Khelaifi berkata setiap kelab pasti berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa England itu secara percuma dan PSG sudah mengadakan perbincangan dengannya sebelum ini.

“Tetapi ketika itu bukan waktu terbaik untuk kedua-dua pihak. Hari ini jika dia seorang ejen bebas, sudah tentu kami boleh berbincang dengannya secara langsung tetapi kami tidak akan mengadakan perbincangan sekarang. Biar dia fokus kepada Piala Dunia.

sumber:-HM

“Kemudian Januari nanti, jika kami berminat, kami akan berbincang dengannya,” katanya.