sukan

Argentina sah ke separuh akhir

Argentina akan berdepan Croatia di separuh akhir selepas menewaskan Belanda 4-3 menerusi penentuan penalti berikutan kedudukan terikat 2-2 pada masa tambahan yang mendebarkan dalam perlawanan penuh drama di Piala Dunia.

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menjadi wira dalam penentuan sepakan penalti apabila pasukan Amerika Selatan itu mensia-siakan kelebihan dua gol pada minit akhir selepas Lionel Messi meletakkan mereka di ambang empat pasukan terakhir.

Wout Weghorst menjaringkan dua gol penuh dramatik yang mana gol kedua tercetus dari sepakan percuma yang cantik minit ke-11 masa kecederaan ketika Belanda bangkit dengan perlawanan berbaki tujuh minit untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.

Pemain Argentina nampaknya sudah bersedia untuk mara ke separuh akhir selepas Messi membantu mencipta ruang terbaik buat Nahuel Molina dan menyempurnakan gol dari sepakan penalti.

Hanya beberapa jam selepas Brazil dan Neymar tersingkir daripada kejohanan juga menerusi penentuan penalti kepada Croatia, Argentina akhirnya terselamat untuk terus mengekalkan penguasaan Amerika Selatan di Piala Dunia.

Stadium Lusail bergema seperti rumah buat Argentina dengan sekurang-kurangnya tiga perempat daripada 88,235 orang ramai menyokong pasukan Amerika Selatan dan hanya sebilangan kecil penyokong baju oren dilihat dikalangan penonton yang hadir.

Mereka dihidangkan dengan aksi penuh drama dan mendebarkan pada perlawanan suku akhir itu.

Selepas permulaan sempurna, Messi mencetuskan inspirasi 10 minit sebelum rehat dengan membantu mencipta gol pembukaan buat pasukan.

sumber:- HM

Dia membuat hantaran melepasi kawalan di antara Daley Blind dan Virgil van Dijk kepada Nahuel Molina yang berjaya membuat larian sempurna dan kemudiannya menolak bola ke gawang sebelum menyempurnakan penalti minit ke-73.