sukan

Badi kucing, sumpahan ‘netizen’ jadi kenyataan

Sumpahan netizen yang mahukan Brazil tewas menjadi kenyataan apabila juara lima kali itu tumpas di suku akhir Piala Dunia kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti.

Sumpahan yang mahukan Brazil tewas itu mula akhirnya menjadi kenyataan.

Rata-rata netizen mendoakan kekalahan pasukan itu kerana tindakan pegawai skuad Samba itu bertindak ‘melemparkan’ seekor kucing ke lantai.

Ramai mengharapkan Brazil kalah dan tidak memenangi Piala Dunia tahun ini kerana menganggap tindakan itu tidak menghormati haiwan itu.

“Kenapa dia mengangkat kucing dengan cara itu… saya harap Brazil tidak menang Piala Dunia sekarang,” kata Netizen.

Rata-rata di ruangan komen penuh dengan komen gembira dengan kekalahan Brazil itu kerana rentetan tindakan mereka sebelum ini.

“Sumpahan kucing. Padan muka kalah,” tulis @syazwaniieee.

“Daulat kucing,” kata @malifasyraf95.

“Kan dah kena Karma kucingggg,” kata @syahmisafin.

“Yea kinda funny aku sorak hidup kucing semalam bila penalti kena tiang,” tulis @AbengKenn.

sumber:-HM

Terdahulu Brazil yang juga juara lima kali tewas 2-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan pada aksi suku akhir, awal pagi tadi.