Sokongan padu penyokong Kedah Darul Aman FC menjadi antara faktor utama penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bersemangat untuk menyertai Sang Kenari musim depan.
Pemain skuad kebangsaan berusia 27 tahun itu menjelaskan, dia meletakkan sasaran untuk skuad Sang Kenari mara ke pentas final Piala FA atau Piala Malaysia.
“Kedah salah satu pasukan berpengaruh dengan penyokong yang ramai dan saya yakin ia dapat memberi pengalaman baharu buat saya.
“Ketika bermain dengan PJ City menentang mereka, saya dapati ramai penyokong datang memberikan sokongan buat pasukan pada setiap perlawanan dan ia salah satu faktor yang membuatkan saya semangat untuk ke sana.
“Apa yang pasti, saya akan berikan yang terbaik dan jika ditanya mengenai sasaran, saya mahu membantu pasukan mara ke pentas final Piala FA atau Piala Malaysia kerana saya tidak pernah merasai pengalaman tersebut sepanjang karier,” katanya.
Barisan pemain PJ City terpaksa mencari pasukan baharu selepas kelab itu sah menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Kalamullah menjadi antara tonggak penting buat PJ City dan aksi cemerlang yang ditampilkannya berjaya memikat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon.
sumber:- BH
Penjaga gol kelahiran Kelantan itu pernah menyarung jersi FELDA United pada 207 hingga 2018 sebelum empat tahun bersama PJ City sejak 2019.