sukan

Kedah umum import pertama musim depan

Pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev menjadi pemain import pertama yang diumumkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi mengharungi Liga Malaysia untuk musim 2023.

Melalui pengumuman yang dilakukan semalam, pemain kelahiran Dushanbe, berusia 26 tahun akan melengkapi kuota pemain import Asia untuk Sang Kenari yang sebelum ini diisi oleh pemain dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi.

Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi. Pemain import pertama ini bakal mengisi kuota Asia pasukan Sang Kenari.

“Amirbek menandatangani kontrak selama setahun. Kehadirannya mengisi posisi tengah antara pemain menjadi perhatian ketika beraksi menentang Malaysia di King Cup 2022 di Thailand,” katanya.

Amirbek berketinggian 179 cm itu, memiliki rekod serta pengalaman berharga dan sudah membuat 46 kali bersama skuad kebangsaan Tajikistan.

Amirbek juga adalah pemain yang turut beraksi untuk skuad Tajikistan ketika mereka menjuarai King Cup 2022 di Thailand pada penampilan pertama.

sumber:- HM

Pemain di posisi tengah ini juga telah beraksi dalam saingan Liga Filipina apabila mewakili United City FC pada musim 2022 dengan sumbangan dua gol untuk kelab berkenaan.