sukan

Perancis berjaya melangkah ke separuh akhir

Olivier Giroud berkata Perancis menggunakan segala kekuatan mental mereka untuk bertahan seterusnya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi suku akhir Piala Dunia di Qatar awal pagi tadi.

Tandukan penyerang AC Milan itu ketika perlawanan berbaki 12 minit membolehkan Perancis mara ke separuh akhir Rabu ini selepas Harry Kane gagal menyempurnakan penalti, sepakan penalti kedua dalam perlawanan itu.

Aurelien Tchouameni meletakkan Perancis di depan dengan rembatan padu pada minit ke-17 tetapi kemudian dia mengasari Bukayo Saka pada minit ke-54 dan memberikan penalti kepada England.

Penyerang Harry Kane menyempurnakan sepakan berkenaan, menewaskan rakan sepasukan Spurs di gawang Perancis, Hugo Lloris untuk gol penyamaan England.

“Ia luar biasa. Kami bekerja keras di barisan pertahanan apabila kami di depan. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018,” kata Giroud merujuk kemenangan Perancis 1-0 di separuh akhir empat tahun lalu di Russia.

“Malangnya kami memberikan penalti. Tapi kami boleh menjadi berbahaya pada kesempatan yang diperoleh di penghujung perlawanan.”

“Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann memberikan saya boleh yang hebat untuk gol.

“Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan besar malam ini,” tambahnya.

sumber:-HM

“Kami tahu potensi generasi muda Inggeris ini. Mereka mempunyai semuanya. Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental kami untuk mengatasi garisan.”