sukan

Lee Tuck sedia dikerah

Sama ada dikerah beraksi di bahagian sayap ataupun selesa bermain di bahagian tengah, pemain naturalisasi negara, Lee Tuck bersedia untuk beraksi di mana-mana posisi seperti dimahukan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.

Pemain berusia 34 tahun itu mengakui seandainya percaturan itu mampu meletakkan namanya untuk ‘lekat’ dalam skuad Harimau Malaya, dia mahu memberikan yang terbaik pada aksi kedua men3ntang Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok.

Jelasnya, dia tidak mahu terlalu ‘berkeras’ untuk beraksi di posisi yang lebih selesa terutama selepas peluangnya untuk membarisi skuad ke Piala AFF 2022 kian cerah dengan persembahan memberangsangkan ketika berdepan Kemboja, Jumaat lalu.

Saya sudah berikan segalanya yang saya ada. Saya mahu menjadi pemain yang fleksibel, saya gembira jika bermain sebagai pemain sayap dan saya juga gembira kalau diberi peranan di posisi tengah.

“Kita tidak mendapat peluang untuk bermain dengan pasukan kebangsaan pada setiap hari. Jadi saya mahu memberi sepenuh hati kepada pasukan dan juga penyokong,” katanya.

Terdahulu, keputusan Pan Gon untuk memanggil pemain kelahiran United Kingdom (UK) itu mencetuskan tanda tanya terutamanya selepas hanya bermain 90 minit bersama Sri Pahang FC (SPFC) dalam kempen Piala Malaysia.

Namun, pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama ketika berdepan Kemboja itu membuktikan ketajamannya di hadapan gol apabila mencetak gol sulung untuk membantu skuad kebangsaan meraih kemenangan 4-0.

Dalam perkembangan sama, bekas pemain Terengganu itu mengharapkan rakan sepasukan dapat meneruskan momentum bagi aksi berdepan Maldives yang jelas menjadi tonik terbaik sebelum mengharungi kempen Piala AFF 2022.

“Keputusan baik dengan Kemboja membolehkan kami lebih bersedia untuk hadapi perlawanan selepas ini namun kami perlu baiki segala kelemahan.

sumber:- BH

“Pemain sedia ada juga membantu pemain baharu untuk segera menyesuaikan diri dengan pendekatan dimahukan dalam pasukan kebangsaan,” katanya.