sukan

Berita gembira untuk Morocco menjelang perlawanan Separuh Akhir

Syarikat Penerbangan Antarabangsa Maghribi menyediakan 30 penerbangan pergi balik tambahan kepada penyokong untuk ke Qatar bagi perlawanan separuh akhir Piala Dunia bersejarah men3ntang Perancis, awal pagi Khamis ini.

“Bagi membolehkan ramai warga Maghribi menyokong pasukan kebangsaan dan merasai emosi separuh akhir Piala Dunia, Royal Air Maroc telah menubuhkan jambatan udara antara Casablanca dan Doha,” kata firma itu dalam satu kenyataan semalam.

Maghribi menyingkirkan Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo 1-0 pada suku akhir kelmarin untuk menjadi pasukan Afrika pertama atau pasukan Arab mara ke separuh akhir Piala Dunia sekali gus mencetuskan pesta di seluruh dunia Arab.

Syarikat penerbangan kerajaan Afrika Utara itu menggelarnya sebagai “kelayakan bersejarah” dan berkata jet jumbo akan mengendalikan 30 penerbangan pergi balik tepat pada masanya untuk perlawanan itu.

Sebelum ini peminat mengadu menerusi dalam talian mengenai gangguan di lapangan terbang yang sesak di Casablanca, ibu kota ekonomi Maghribi, menjelang aksi berdepan Portugal.

sumber:- BH

Jurulatih Walid Regragui, yang mengambil alih tugas hanya tiga bulan sebelum bermula kejohanan, berulang kali memanggil penyokong Maghribi ‘pemain ke-12 dalam pasukan’. – AFP