sukan

Pan Gon kenal pasti pemain Malaysia bertaraf Asia

Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, yakin Harimau Malaya sudah bersedia untuk menghadapi Kejohanan Piala AFF bermula 21 Disember ini sambil sudah ada gambaran senarai pendek 23 pemain yang akan dibawa ke Kejohanan itu.

Menjelang aksi persahabatan men3ntang Maldives di Stadium KLFA malam esok, Pan-gon menegaskan bahawa setiap saat dalam kem latihan negara, kesemua pemain akan melalui penilaian yang cukup penting.

Ketika ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah meneliti beberapa pemain yang memiliki kualiti luar biasa dan bertaraf Asia.

Dengan itu, aksi sepanjang 90 minit menentang Maldives akan menjadi medan utama untuk dia memilih dan menyeneraikan 23 pemain akhir ke Piala AFF dengan syarat kesemua mereka perlu menepati setiap taktikal yang dituntutnya.

“Ia menggembirakan hati saya kerana ada beberapa pemain yang sangat menarik,” katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.

sumber:- SA

“Saya fikir mereka amat kompetitif dan dapat bermain di tahap Asia.”Jika mereka dapat beraksi baik sepanjang kejohanan ini, mereka memiliki peluang untuk berkembang menjadi pemain bertaraf dunia,” katanya.