sukan

Jumpa saya di Kedah musim depan

Fikri Che Soh melengkapkan senarai penjaga gawang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila namanya diumumkan sah bersama skuad Sang Kenari bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Ia menyaksikan bekas penjaga gol Kelantan United berusia 24 tahun itu bakal bersaing bersama dua lagi penjaga gawang yang berada dalam senarai pasukan kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain iaitu Kalamullah Al-Hafiz dan Ifwat Akmal.

Menurut kenyataan itu, kemasukan Fikri yang diikat kontrak selama setahun oleh Sang Kenari bakal memberi persiangan sihat dan kekuatan tambahan dalam barisan penjaga gol berdasarkan kemampuan yang ditunjukkannya dalam Liga Malaysia.

Selamat datang Mohammad Fikri Che Soh ke bumi Jelapang Padi. Penjaga gol baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 24 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan beliau mewakili Kelantan United FC pada musim lalu.

“Beliau menandatangani kontrak selama setahun dan beraksi di posisi penjaga gol. Kehadiran Fikri yang bertubuh fizikal tinggi sudah pasti memberi persaingan sihat di bahagian gawang Sang Kenari dan beliau akan menggunakan jersi bernombor 33 di musim 2023,” katanya.

Sementara itu Fikri turut meluahkan rasa terujanya apabila mendapat peluang kedua beraksi di luar negeri kelahirannya selepas kali pertama berhijrah ke pasukan Perlis pada musim 2019 lalu.

Saya tetap ambil cabaran ini apabila keluar berhijrah sekali lagi walaupun niat saya mulanya mahu bermain di Kelantan, tetapi apabila mendapat tawaran dari Kedah kali ini, saya terus sahut cabaran ini kerana Kedah memiliki nama besar dalam Liga Malaysia.

Saya turut rasa teruja, tambahan pula mendapat rakan sepasukan Kalamullah yang merupakan nama besar dalam senarai penjaga gol di Liga Malaysia dan saya tidak sabar untuk menjadi ‘partner’ dia.

Saya kenal dia (Kalamullah) tetapi tak pernah bersama dalam satu pasukan dan bila berada dalam satu pasukan di sini saya mahu belajar sesuatu daripada dia termasuk juga penjaga gol berpengalaman Kedah iaitu Ifwat Akmal.

Ini satu cabaran buat diri saya apabila berada dalam pasukan Kedah dan saya jangkakan saingan yang sengit di posisi penjaga gol utama nanti kerana Kalamullah dan Ifwat adalah senior saya dan ini peluang untuk saya menimba pengalaman.

sumber:- HM

“Saya mahu buat sesuatu yang terbaik buat diri dan pasukan Kedah pada musim depan. Jumpa saya pada musim 2023, pulun Kedah pulun,” katanya.