sukan

Jurulatih Maldives ‘gerun’ dengan pemain baharu Malaysia

Maldives jelas perlu berhati-hati dengan ‘wajah baharu’ skuad Harimau Malaya yang tampil dengan set pemain berbeza bagi mengharungi aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Situasi itu diakui pengendalinya, Moriero Francesco yang menegaskan Malaysia adalah pasukan yang kuat dan dibarisi pemain berkualiti sekali gus bakal memberikan ujian yang sengit buat anak buahnya.

Malaysia sebuah pasukan yang bagus tetapi Maldives juga adalah pasukan yang baik. Mentaliti pemain juga berada dalam keadaan positif.

“Tetapi keputusan perlawanan tidak penting kerana apa yang lebih mustahak adaah barisan pemain saya mendapat pengalaman beraksi di pentas antarabangsa,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.

Sebagai rekod, Maldives berdepan Malaysia sebanyak empat kali, namun mereka tewas semua empat aksi dengan aksi terakhir pada 2018 berakhir dengan kekalahan 3-0.

Sementara itu, pemain pertahanan Maldives, Samooh Ali turut senada dengan pendapat jurulatihnya dan percaya rakan sepasukanya perlu bekerja lebih keras bagi mendapatkan keputusan positif.

Kita dapat lihat Malaysia memainkan taktikal yang lebih pantas dan intensiti yang sangat tinggi berbanding pertemuan terakhir sebelum ini.

sumber:- BH

“Jadi perlawanan ini akan menjadi aksi yang sengit kepada kami tetapi kami akan cuba memberikan saingan yang terbaik,” katanya.