Skuad Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan Maldives 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
Kemenangan itu menjadi satu lagi tonik buat skuad kendalian Kim Pan Gon ke Piala AFF 2022 selepas membelasah Kemboja 4-0 dalam satu lagi aksi persahabatan, Jumaat lalu.
Berdasarkan persembahan berdepan Maldives, berikut adalah rating prestasi pemain Harimau Malaya dalam perlawanan itu:
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (7) – Tidak banyak tugas berat terpaksa dipikul penjaga gol ini selepas kebanyakan serangan Maldives berjaya dipatahkan barisan pertahanan Harimau Malaya.
Azam Azmi Murad (8) – Menjadi antara pemain paling banyak berlari dengan Azam bukan sahaja memainkan peranan di bahagian pertahanan, malah dia juga terbabit dalam gerakan serangan pasukan.
V Ruventhiran (6.5) – Memainkan peranan sama dengan Azam, namun Ruventhiran yang beraksi di bahagian kiri dikeluarkan pada minit ke-54.
Sharul Nazeem Zulpakar (8) – Berjaya mengemudi benteng pertahan dengan baik sepanjang perlawanan dan berjaya melakukan bentesan penting dalam menyekat kemaraan pemain Maldives.
Dominic Tan (7) – Gandingannya bersama Sharul Nazeem dilihat berjaya mengelak gerakan berbahaya bahagian serangan lawan.
Faisal Halim (8.5) – Memberikan impak yang besar di bahagian serangan dan berjaya menyumbang gol kedua Harimau Malaya.
Darren Lok (8) – Pemain yang sentiasa memberi tekanan kepada pertahanan lawan yang menyaksikan dia meledak satu gol selain membantu jaringan Faisal.
Safawi Rasid (6) – Bermain dengan baik pada babak pertama, namun Safawi terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua.
Mukhairi Ajmal Mahadi (7) – Menjadi nadi di bahagian tengah bersama Brendan Gan dan berjaya melakukan banyak hantaran menarik kepada bahagian serangan.
Khuzaimi Piee (8) – Peranannya membantu Sharul Nazeem dan Dominic di bahagian pertahanan yang menyaksikan pemain Maldives sukar menembusi benteng Harimau Malaya.
Brendan Gan (7) – Berjaya mendominasi bahagian tengah bersama Mukhairi selain dia turut naik ke atas membantu bahagian serangan.
Pemain simpanan
Quentin Cheng (5.5) – Dimasukkan pada minit ke-70 menggantikan Dominic, persembahan Quentin tidak mengecewakan apabila berjaya mempertahankan kubu Harimau Malaya daripada dibolosi.
Stuart Wilkin (5.5) – Aksi kedua Wilkin bersama Harimau Malaya dengan dia masuk menggantikan Brendan pada minit ke-70.
Lee Tuck (6.5) – Penampilannya sekali lagi tidak mengecewakan walaupun dimasukkan pada awal babak kedua dan berjaya menyumbang gol ketiga Harimau Malaya.
Sergio Aguero (5) – Dimasukkan ketika perlawanan berbaki 10 minit, namun Aguero turut memberi impak terutama berjaya menjadi pengumpan kepada jaringan Tuck.
Nor Hakim Hassan (6) – Berjaya memainkan peranan yang baik walaupun dia dilihat lebih beraksi di bahagian pertahanan kiri berbanding posisi awalnya bahagian sayap.
sumber:-BH
Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau (5) – Bintang muda yang sendang meningkat naik dan dia memiliki keyakinan tinggi selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.