sukan

Janji Faisal Halim tarik peerhatian

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim tidak mahu menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada penyokong bola sepak tanah air pada kempen Piala AFF 2022, bermula minggu depan.

Ini kerana, Faisal yang beraksi bersama Terengganu FC (TFC) pada musim 2022 sedar skuad negara sudah pastinya menerima ‘anc@man’ daripada pasukan lain yang menyimpan hasrat untuk membenam Harimau Malaya.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia akan memberi aksi terbaik dalam setiap perlawanan seperti ditampilkan dalam dua aksi persahabatan berdepan Kemboja dan Maldives, sebelum ini.

Katanya, semua pemain yang berada dalam skuad kebangsaan memberikan komitmen tinggi termasuk pemain muda atau muka baharu yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Saya yakin dengan skuad ini dan berharap kami boleh pergi ke satu tahap lebih tinggi. Kami tak boleh janjikan sesuatu yang tinggi, yang istimewa kepada rakyat Malaysia, cuma setiap perlawanan kami akan bermain dengan baik.

Semua pemain bekerja keras, mereka membuktikan layak berada dalam skuad dan perkara itu saya puji rakan, mereka ambil cabaran ini untuk majukan kerjaya mereka.

“Pada saya, siapa yang masuk dalam pasukan tak kisah muda atau pertama kali dipanggil, beri apa yang ada kerana peluang bukan datang selalu,” katanya.

Mengikut rekod, Harimau Malaya mencatat kemenangan meyakinkan dalam dua aksi pemanas badan apabila mengatasi Kemboja 4-0 dan Maldives 3-0 walaupun skuad kali ini dibarisi ramai pemain baharu.

Anak buah Pan-gon akan menghadapi aksi sebenar berdepan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala AFF di Yangon, Rabu ini.

sumber:- HM

Keputusan berdepan Myanmar penting buat skuad negara untuk mendapatkan motivasi bagi mengharungi aksi selain mahu menebus kekecewaan terkandas di peringkat kumpulan pada edisi 2020.