sukan

Salah bakal disingkirkan dari Liverpool

Liverpool berminat menandatangani bintang Juventus Federico Chiesa sebagai pengganti Mohamed Salah, menurut laporan terbaru semalam.

Jurgen Klopp berharap dapat memulihkan semula kekuatan pasukan pada musim panas ini.

Kelab Merseyside itu kini menduduki tangga ke-9 Liga Perdana dan ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu Arsenal selepas hanya 19 perlawanan.

Bagaimanapun, The Reds turut dikaitkan dengan perpindahan musim panas seperti Jude Bellingham dan Enzo Fernandez dalam misi membina semula pasukan.

Seorang lagi pemain yang mungkin menuju ke Merseyside ialah Chiesa, bintang Itali ketika kejayaan di Euro 2020.

Menurut Calciomercatoweb, Liverpool antara beberapa kelab EPL yang berminat dengan bintang Juventus itu yang boleh dibeli pada harga £53 juta (RM279 juta.)

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ACL tidak lama selepas tamat Euro sekali gus terpaksa berehat panjang.

Dia hanya tampil enam aksi Serie A musim ini dan mencipta dua bantuan jaringan.

Calciomercatoweb turut melaporkan Liverpool mungkin menjual Salah ke Paris Saint-Germain.

Salah yang melanjutkan kontrak baharu dengan Liverpool pada musim panas lalu mungkin dilepaskan dengan harga sekitar £70 juta (RM368.69 juta).

Bintang Mesir itu mel3dak 17 gol dalam semua kejohanan musim ini termasuk tujuh dalam saingan Liga Juara-Juara.

sumber:-HM

Namun pemain berusia 30 tahun itu bergelut menyamai prestasinya sebelum ini dan hanya menjaringkan tujuh gol dalam saingan liga.