Rekod tanpa kalah beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah ke atas pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara lebur selepas tewas di tangan lawan mereka itu pada pusingan pertama Seluruh England di Birmingham, sebentar tadi.
Pearly-Thinaah menang kedua-kedua pertemuan ke atas juara dunia dua kali itu sebelum ini, terpaksa akur dengan kekalahan dalam pertarungan tiga set 13-21, 21-21-15, 15-21 pada aksi yang berlangsung Utilita Arena Birmingham.
Kekalahan itu menyaksikan pasangan nombor tujuh dunia itu gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian tahun lalu yang menyaksikan mereka mara sehingga suku akhir.
sumber:-BH
Nasib sama turut dialami beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama susulan kekalahan di tangan naib juara edisi 2021 dari Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matustomo.