sukan

Punca Tan Cheng Hoe keluarkan Faisal Halim

Tindakan pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengeluarkan pemain sayap lincah, Faisal Halim di babak kedua kerana tonggak kebangsaan itu mengalami kecederaan.

Jelas Cheng Hoe, keputusan mengeluarkan Faisal bukan dibuat secara suka-suka sebaliknya tidak mahu pemain kelahiran Pulau Pinang itu mendapat kecederaan yang lebih serius.

Katanya, walaupun Faisal bermain cukup baik sepanjang 45 minit babak pertama, namun Cheng Hoe terpaksa membuat pertukaran dengan memasukkan Aliff Haiqal yang kemudiannya menyaksikan Selangor tumbang 0-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

“Faisal Halim main begitu baik pada separuh masa pertama dan dalam separuh masa kedua, dia ada sedikit kekejangan otot.

“Disebabkan itu dia minta dikeluarkan, itu memang kita tak nak ambik risiko kerana musim yang masih panjang lagi, dan ia akan merugikan pasukan,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Ujarnya lagi, beliau turut mempertahankan keputusannya mengeluarkan pertahanan kental dari Jordan, Yazan Al-Arab pada babak kedua.

“Mungkin ramai tanya kenapa saya tukar Yazan, tapi kalau kita lihat ada empat atau tiga pertahanan yang dapat kad kuning (pada babak pertama).

“Itu sebab saya terpaksa menukar Khuzaimi Piee (masukkan) dan kita bawa keluar Yazan untuk cuba dapatkan jaringan gol juga,” katanya yang dikritik penyokong susulan tindakan menukarkan Faisal dan Yazan pada babak kedua hingga menyebabkan pasukan tewas besar.

Dalam aksi itu, skuad Gergasi Merah pada awalnya berjaya mempertahankan gawang sepanjang babak pertama sebelum dibolosii empat gol di 45 minit separuh masa kedua.

sumber:-HM

Gol pertama skuad Harimau Selatan dijaringkan oleh Juan Muniz di minit 55, sebelum Diogo Luís Santo meledak minit ke-66 disusuli dua gol Fernando Forestieri minit 77 dan 82.