Lee Zii Jia sekali lagi kecundang
Sudah tiba masanya jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia melantik jurulatih bagi membimbingnya. Itulah rumusan terbaik selepas sekali lagi pemain ranking keempat dunia itu ‘bungkus’ pada pusingan awal buat kali ketiga berturut-turut dalam tempoh tiga minggu. Selepas terkandas pada pusingan kedua Terbuka Malaysia pada awal bulan ini dan pusingan kedua Terbuka India minggu lalu, pemain…