sukan

Zii Jia terima tawaran daripada BAM

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang 2022 meskipun menamatkan cabaran musim ini selaku pemain nombor dua dunia. Justeru pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu perlu terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasi sekali gus menyerlahkan kemampuan sebenar dirinya. Saya sudah memulakan persiapan bagi mengharungi saingan musim…

sukan

Haluan Baharu Penang FC saingan musim 2023

Kelab Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC, mengambil pendekatan proaktif menyusun semula pasukan bagi memantapkan cabaran Harimau Kumbang dalam mengharungi saingan musim 2023. Pengurusan kelab itu, dalam status terkini yang dimuat naik di laman Facebook Penang FC, berterima kasih kepada pemain yang telah berbakti kepada kelab berkenaan. “Ahli Lembaga Pengarah Penang FC telah memutuskan untuk membawa…

sukan

Muhamad Hafizal pilih ke utara tanah air

Keinginan untuk berguru dengan jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim membuatkan pertahanan kanan Terengganu FC (TFC), Muhamad Hafizal Mohamad memilih Perak FC sebagai destinasinya dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Selain itu, bekas pemain Harimau Muda itu mendedahkan keinginan untuk menimba pengalaman baharu selepas sepuluh musim bersama skuad TFC dan Terengganu FC II…

sukan

Sah Safawi akan tinggalkan JDT

Bukan Terengganu FC, tetapi rupanya Safawi Rasid disahkan akan berhijrah melebarkan sayap ke Liga Thailand dengan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhirnya saingan Piala AFF pada Januari depan. Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International hari ini. Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan dan tonggak…

sukan

Nyemar kini kembali

Bintang sensasi, Neymar kembali menjalani latihan bersama Brazil semalam, dua hari sebelum pasukan membuat perhitungan dengan Korea Selatan dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia. Selain Neymar, pasukan turut menerima khabar gembira dengan kehadiran semula bek kiri, Alex Telles dan penyerang Gabriel Jesus yang sebelum ini diketepikan kerana mengalami kec3deraan ketika tewas kepada Cameroon 1-0.…

sukan

Pasukan pertama layak ke suku akhir

Belanda menjadi negara pertama mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 di Stadium Khalifa International, sebentar tadi. Jaringan Memphis Depay pada minit ke-10 dan satu lagi menerusi Daley Blind dengan sepakan terakhir pada babak pertama memberi kelebihan buat Belanda untuk mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik bertemu sama…

sukan

Ramon Marcote sedia untuk kembali

Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Ramon Marcote, berharap khabar angin yang mengaitkannya dengan sebuah pasukan Liga Malaysia akan menjadi kenyataan. Gempar di media sosial apabila Marcote dikaitkan dengan sebuah kelab gergasi tanah air bagi musim 2023. Bagi menjawab mengenai perkara itu, pengendali berusia 45 tahun berkenaan berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal…

sukan

Tuntutan Kim Pan Gon

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengingatkan keputusan perlawanan bukanlah satu-satunya ukuran untuk menilai keupayaan pasukan sebaliknya beliau lebih mahu melihat peningkatan dalam persembahan setiap pemain. Katanya, sikap mahu berjuang dan berusaha adalah elemen yang penting kerana ia akan membawa nilai tambah dalam permainan pasukan. Lantas, jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mahu pemainnya terperangkap…

sukan

Jimmy pula sah tinggalkan NSFC

Selepas penjaga gol Negeri Sembilan FC (NSFC), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed memilih pasukan baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, turut berbuat demikian ialah tonggak pertahanan pasukan itu, Ahmad Khuzaimi Piee. Khuzaimi yang lebih mesra dipanggil Jimmy itu dikatakan bakal menyertai finalis Piala Malaysia musim ini iaitu Selangor FC. Sumber NSFC menjelaskan…

sukan

Safawi Rasid dikaitkan dengan pasukan baharu

Benarkah Safawi Rasid akan kembali memperkuatkan Terengganu FC musim depan? Itu persoalan yang timbul apabila tersebarnya khabar angin kepulangan semula Safawi ke ‘kampung halamannya’ selepas menabur bakti selama lima musim di Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia timbul susulan viralnya profil tonggak sayap itu di Wikipedia yang menunjukkan Safawi akan menyertai skuad Penyu musim depan yang…